SILA AMBIL PERHATIAN

EDARAN: Pengemaskinian Garispanduan Management of PUI & Confirmed COVID-19 Case dan Criteria For Discharge From Infectious Disease Ward
 11 Jun 2020

Bersama-sama ini disertakan garis panduan terkini yang telah dikemaskini untuk rujukan dan tindakan semua. Untuk makluman, garispanduan terdahulu telah diedarkan melalui emel pada 10 Jun 2020 (Rabu) dimana terdapat ralat pada 4.2 (b&c) .Mohon menggunakan garispanduan yang telah diperbaiki ini.



Terima kasih.

Ikhlas,
DATO’ DR. NORHIZAN B. ISMAIL
b.p. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
Kementerian Kesihatan Malaysia




SILA AMBIL PERHATIAN
23 Mei 2020

EDARAN:GUIDELINES ON COVID-19 TESTING USING ANTIGEN RAPID TEST KIT (RTK-Ag) FOR THE HEALTH FACILITY, MINISTRY OF HEALTH, VERSION 2.0

Bersama-sama ini disertakan garis panduan berkenaan perkara di atas yang telah dikemaskini untuk rujukan dan tindakan semua.

Terima kasih.

Ikhlas
DATUK DR HJ. ROHAIZAT BIN HJ. YON
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
Kementerian Kesihatan Malaysia


Edaran “Guideline on COVD-19 testing Using Antigen Rapid Test KIT (RTK-Ag ) For The health Facilities , Ministry Of health “
04 May 2020



GARIS PANDUAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) BAGI PEMBUKAAN EKONOMI (SEKTOR KESIHATAN) – OPERASI PUSAT ESTETIK
04 May 2020



LANGKAH BAGI MELINDUNGI ANGGOTA KESIHATAN YANG MERAWAT PESAKIT DENGAN GEJALA INFLUENZA LIKE ILLNESS (ILI) SERTA MEMUTUSKAN RANTAIAN PENULARAN COVID-19 DI FASILITI KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

02 May 2020

Lampiran 1 

Lampiran

Langkah Bagi Melindungi Anggota Kesihatan Yang Merawat Pesakit Dengan Gejala Influenza Like Illness (ILI) Serta Memutuskan Rantaian Penularan Covid-19 Di Fasiliti Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia


SILA AMBIL PERHATIAN

EDARAN : RECOMMENDED PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE) TO BE USED WHEN MANAGING PATIENT UNDER INVESTIGATION (PUI) / CONFIRMED COVID-19 & SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) / INFLUENZA LIKE ILLNESS (ILI) PATIENTS IN HEALTHCARE FACILITIES
22 April 2020

Bersama-sama ini dilampirkan slaid pembentangan garispanduan dalam bentuk “pictorial” bagi penggunaan PPE

Slaid ini menjelaskan penggunaan jenis PPE yang bersesuaian perlulah berdasarkan kepada tempat, risiko pendedahan mengikut jenis aktiviti serta cara transmisi patogen (contact, droplet atau aerosol).

Kerjasama semua dipohon untuk menggunakan garispanduan ini bagi tujuan penyeragaman penggunaan PPE oleh anggota kesihatan.

Pemantauan juga perlu dijalankan bagi memastikan penggunaan jenis PPE adalah bersesuaian dengan risiko pendedahan.

Terima kasih.

Ikhlas,
DATUK DR HJ. ROHAIZAT BIN HJ. YON
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan )
Kementerian Kesihatan Malaysia


SILA AMBIL PERHATIAN

EDARAN : PEMANTAUAN BERTERUSAN PELAKSANAAN PENGENDALIAN PATIENT UNDER INVESTIGATION ( PUI ) / COVID -19 DI FASILITI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
18 April 2020

Bersama-sama ini dilampirkan surat rasmi yang menjelaskan beberapa saranan penting dalam pengendalian PUI dan pesakit CoVID -19 yang perlu diambil tindakan oleh semua pihak.

Terima kasih.

Ikhlas,
DATUK DR HJ. ROHAIZAT BIN HJ. YON
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan ( Perubatan )
Kementerian Kesihatan Malaysia


SILA AMBIL PERHATIAN

EDARAN:PENGUKUHAN PENGURUSAN ANGGOTA KESIHATAN DALAM COVID-19 PANDEMIK DI HOSPITAL , INSTITUSI PERUBATAN DAN FASILITI KESIHATAN DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
14 April 2020

Bersama-sama ini dilampirkan surat rasmi berkenaan perkara di atas untuk makluman semua.

Terima kasih.

Ikhlas,
DATUK DR HJ. ROHAIZAT BIN HJ. YON
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
Kementerian Kesihatan Malaysia


SILA AMBIL PERHATIAN

EDARAN : GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PEMBEDAHAN KECEMASAN DAN SEPARA KECEMASAN SEMASA WABAK COVID-19 DI HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Tarikh : 6 April 2020

Dilampirkan surat rasmi berkaitan garis panduan tersebut untuk tindakan yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
DATUK DR. HJ. ROHAIZAT BIN HJ. YON
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan ( Perubatan )
Kementerian Kesihatan Malaysia.


4 April 2020
COVID-19 Questionnaire for healthcare professionals 
 


SILA AMBIL PERHATIAN

PENJELASAN: GARIS PANDUAN “INFECTION CONTROL AND CLINICAL MANAGEMENT” SARI/PNEUMONIA DAN PUI TRO COVID-19 DI FASILITI KESIHATAN
(Tarikh kemaskini 4 April 2020)

Merujuk garispanduan yang diedarkan pada 3 April 2020, dijelaskan bahawa Kategori PUI yang dirawat menggunakan Hydroxychloroquine adalah SEVERE PUI sementara menunggu keputusan ujian COVID-19.

Kesimpulannya, rawatan Hydroxychloroquine perlu diberikan kepada pesakit Severe Acute Respiratory Infection (SARI)/Pneumonia dan Severe PUI sementara menunggu keputusan ujian COVID-19, bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti.

Juga sila ambil perhatian bahawa terdapat RALAT dari segi “dosing for obstetric cases”.

Sehubungan dengan itu, disertakan semula garis panduan tersebut untuk panduan. Dengan ini, edaran garispanduan tersebut pada 3 April 2020 adalah dibatalkan. Segala kesulitan adalah amat dikesali.

Ikhlas
Datuk Dr Hj. Rohaizat bin Hj. Yon
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
Kementerian Kesihatan Malaysia


SILA AMBIL PERHATIAN

EDARAN : GARIS PANDUAN “INFECTION CONTROL AND CLINICAL MANAGEMENT” SARI/PNEUMONIA DAN PUI TRO COVID-19 DI FASILITI KESIHATAN
Tarikh : 3 April 2020

Hasil daripada mesyuarat CPRC Kebangsaan pada 1 April 2020 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan telah memutuskan bahawa rawatan Hydroxychloroquine perlu diberikan kepada pesakit-pesakit Severe Acute Respiratory Infection (SARI)/Pneumonia dan Patient Under Investigation (PUI) sementara menunggu keputusan ujian COVID-19. Rawatan ini perlu diberikan kepada pesakit-pesakit tersebut bagi mengurangkan morbidity dan mortality.

Bersama – sama ini dikemukakan slaid pembentangan garispanduan seperti di atas untuk rujukan dan tindakan. Mohon kerjasama semua untuk mengedarkan garis panduan ini kepada kesemua (pakar) perubatan yg terlibat dalam rawatan

Ikhlas,
Datuk Dr Hj. Rohaizat bin Hj. Yon
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
Kementerian Kesihatan Malaysia